May We Grow As One

Sunday, May 10, 2009

Teks Ucapan

PERUTUSAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2009

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1. Marilah kita semua merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat     menyambut Hari Guru bagi tahun 2009. Pada tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara     menyambut Hari Guru sebagai penghormatan jasa kaum guru dan tanda ucapan terima kasih     kepada mereka. Penghormatan ini amat layak diberikan kerana usaha gigih guru dalam     mendidik insan merupakan peranan yang mulia. Pembangunan diri insan yang cemerlang     akan menentukan matlamat pembinaan sebuah negara yang maju dan aman akan dapat kita     capai.

2.Menyedari pentingnya pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum     seperti Malaysia, Kementerian Pelajaran telah memilih “Guru Pembina Negara Bangsa”     sebagai tema Hari Guru pada tahun ini. Keupayaan membina Negara Bangsa amat bergantung     kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang dapat dipupuk dan     disuburkan dalam kalangan semua lapisan rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.     Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai kekuatan     mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan negara. Nilai sosial seperti semangat     kekitaan, perasaan saling hormat-menghormati, mengamalkan sifat toleransi, taat setia dan     pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap negara wajarlah dipupuk dan diamalkan sejak     di bangku sekolah dan menjadikannya budaya hidup masyarakat.

3. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1     Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’     Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1 Malaysia ialah     membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi     bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada     sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala     keupayaan dan potensi masing-masing.


4. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya yakin dan     percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan     merupakan   aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan     perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus     menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti     nasional dan semangat kebangssan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian     dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.

5. Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat memainkan peranan yang penting     ini. Selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk     menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu     pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan     modal insan cemerlang.

6. Membina Negara Bangsa merupakan Teras Strategik yang pertama dalam Pelan Induk     Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Bagi menjayakan Teras Strategik ini, pelbagai     program dan projek yang berkaitan dengan kebahasaan, kesusasteraan, patriotik, serta seni,     warisan dan budaya telah dirancang oleh pihak Kementerian. Ia bertujuan untuk     memperkukuh perpaduan bangsa, membina identiti nasional, memperteguh semangat     kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bagi mengisi keperluan negara. Semoga,     dengan jati diri yang kental dan semangat patriotik yang tebal, akan lahirlah bangsa Malaysia     yang utuh dan bermaruah.

7. Tugas membina negara bangsa melalui pendidikan tidak akan selesai. Sebaliknya ia semakin     kompleks dan mencabar selaras dengan kemajuan yang tidak terbatas pada masa kini. Saya     menyeru kepada semua guru supaya mempertingkatkan diri dengan ilmu dan kemahiran     supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Ingatlah bahawa peranan     kita sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti     supaya guru terus dihormati dan menjadi role model kepada anak didik dan masyarakat.     Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang membina negara bangsa kerana     Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru.

8. Kepada Kerajaan Pusat, jutaan terima kasih diucapkan atas keprihatinan dan sokongan padu     yang sentiasa diberi kepada Kementerian Pelajaran. Malah, dalam kemuraman ekonomi dunia     yang mana Malaysia turut merasai bahangnya, kepentingan pendidikan tetap diutamakan.     Suntikan RM200 juta kepada Kementerian Pelajaran dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang     pertama, diikuti RM2.093 bilion lagi melalui Pakej Rangsangan Kedua merupakan bukti     kukuh betapa komitednya pihak Kerajaan dalam memastikan pembangunan pendidikan terus     berjalan seperti yang dirancang dan disasarkan.

9. Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah     tuan/puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan     tetap dikenang sepanjang hayat.

    “Selamat Menyambut Hari Guru”

    Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum
    warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Hari Guru.


TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

Saturday, May 9, 2009

Kutipan Jogaton berjalan lancar

Sehingga petang ini saya telah menemui beberapa orang ibubapa pelajar dan difahamkan kutipan derma jogaton semakin rancak.  Walaupun tarikh tutup menghantar kad ialah jumaat lepas namun ada ibubapa yang masih ingin melakukan kutipan tambahan.  En. Jacky Chian bapa kepada pelajar 1A Kimberly memberitahu kutipan untuk anak beliau(Kimberly) hampir mencecah RM7000. Wau!!!... tahniah kepada ibubapa yang memberi komitmen tinggi seperti ini. beliau ditemui ketika selesai pusingan pertama pertanding Golf "Matchplay" di kelab golf penjara petang tadi.

Terima kasih kepada semua yang perihatin dan menderma kepada PIBG Sekolah ini.

Thursday, April 30, 2009

Pelancaran Jogaton 2009





Ucapan Pengetua Kanan Encik Putit Hj Ped



Ucapan Pelancaran Oleh Encik Sim YDP PIBG SMK Green Road



Pukulan perasmian Pelancaran Majlis Jogaton 2009



Sidang Akhbar sempena pelancaran



Tarian Naga oleh para pelajar 



Sebahagian daripada guru yang hadir